|
|
A.M.A.L Maahad
Last logged in: 2 weeks
Lajnah Informasi A.M.A.L 07/13/2009
|
-
Interested In:
Friends, Activity Partners
-
Member Since:
Jul 2009
-
A.M.A.L's URL:
http://profiles.friendster.com/amalmaahad
-
Other education:
Maahad Muhammadi Lilbanin : Maahad Muhammadi Lilbanat : Maahad Muhammadi Lilbanat Pasir Pekan
-
Affiliations:
Lajnah Informasi AMAL : Lajnah Informasi A.M.A.L ditugaskan untuk mengumpul data ahli dan AJK yang terdiri daripada semua bekas pelajar Maahad Muhammadi (MML, MMP, MMPPP). Selain itu, lajnah informasi juga ditugaskan untuk mempromosikan A.M.A.L dengan cara mengedarkan buletin A.M.A.L dan juga mewar-warkan segala aktiviti A.M.A.L dengan menampal poster di semua sekolah, mengadakan sms berantai serta mewar-warkan melalui lawan web, friendster dan facebook. Di samping itu, memberi penerangan tentang A.M.A.L kepada seluruh warga Maahad Muhammadi amnya, dan pelajar f3 / f5 khususnya dengan cara mengedarkan brochures / pamplets secara percuma dan dengan mengadakan seminar pengenalan A.M.A.L kepada mereka. Pada musim peperiksaan pula, Lajnah Informasi A.M.A.L akan membuat banner selamat maju jaya kepada para pelajar maahad muhammadi yang bakal menduduki peperiksaan PMRU, PMR, SMU, SPM, dan STAM. Intihannya, semoga A.M.A.L terus maju, InsyaALLAH...
-
Zodiac Sign:
Capricorn
-
About Me:
A.M.A.L merupakan akronim kepada Persatuan Alumni Maahad Muhammadi negeri Kelantan. A.M.A.L adalah pada asalnya singkatan kepada Alumni Maahad Muhammadi Lilbanin / Lelaki. Namun, setelah digabungkan dengan MMP dan MMPP, A.M.A.L masih lagi dikekalkan berdasarkan singkatan ‘L’ boleh juga digunakan untuk Lilbanat.
Selain itu, maksud A.M.A.L itu sendiri ialah cita-cita dalam bahasa Arab. A.M.A.L mempunyai maksud yang sangat dalam jika dihayati dengan sepenuh hati. A.M.A.L bermaksud suatu cita-cita untuk menyatukan generasi Maahad dalam kesinambungan ukhuwwah yang berterusan, di bawah naungan Islam yang syumul, berpaksikan penerusan dakwah dan tarbiyyah yang tiada noktahnya, insyaALLAH.
A.M.A.L digerakkan oleh beberapa lajnah iaitu Lajnah Informasi, Lajnah Kampus, Lajnah Aktiviti, dan Lajnah Ekonomi.
A.M.A.L dimantapkan dengan pelbagai aktiviti dan program untuk adik-adik pelajar Maahad dan beberapa generasi alumni. Sehingga pertengahan tahun 2004, cadangan supaya mendaftar A.M.A.L sebagai Badan Bukan Kerajaan – Non-Government Organisation (NGO) diterima dan dibahaskan. Pelbagai usaha dan perbincangan demi perbincangan dilakukan untuk memantapkan A.M.A.L sebelum didaftarkan sebagai NGO.
Sehingga pada April 2005, permohonan A.M.A.L telah dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan - Registration of Society (ROS). InsyaALLAH dalam tempoh sebulan ini A.M.A.L akan dinaik taraf sebagai NGO berdaftar. Dengan ini, banyak perkara akan dapat dipertingkat dan diperkemas sekaligus menyebarluaskan lagi A.M.A.L kepada alumni Maahad bukan sahaja di Malaysia bahkan yang berada di seluruh dunia.
Sehingga sekarang A.M.A.L boleh dikatakan telah wujud di semua kampus di Malaysia (yang ada alumni Maahad), dari matrikulasi sehingga ke kampus induk dan swasta. Malah telah diketahui kewujudannya di Al-Azhar Mesir, Queens University Belfast United Kingdom, universiti di Jepun, Jerman, Russia, Jordan, Ukraine, Damsyiq, Madinah, Indonesia dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, sumbangnya mereka dalam A.M.A.L masih belum terserlah disebabkan keahliannya yang sedikit. Saya berharap supaya A.M.A.L terus mengorak langkah memperkasa gerakannya, menjadi wadah kesinambungan ukhuwwah generasi Maahad secara lebih efektif ke arah membina kesatuan generasi rabbani dalam menggapai visi dan misi yang dihajati.
Mudah-mudahan, A.M.A.L secara tidak langsung menjadi suatu tambatan akhirat, yakni pusat pelaburan saham akhirat kepada kita semua generasi Maahad dalam berganding bahu menyampaikan seruan Islam kepada seluruh masyarakat khususnya di Malaysia tercinta. Semoga sinar Islam kembali gemilang dan berada di puncak keagungannya yang sebenar.
Ingatlah, "Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya". “Dan berpegang teguhlah sekalian kamu kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu, orang-orang Islam yang bersaudara” Surah Ali Imran : 103
WALLAHUA'LAM...
UCAPAN RASMI DARI PENGERUSI AMAL
~Saudara Wan Muhammad Ruzaimin~
-
Who I Want to Meet:
KEAHLIAN A.M.A.L : Sesiapa sahaja yang pernah belajar di Maahad Muhammadi (MML,MMP,MMPPP) walaupun hanya tiga bulan dan beragama Islam.
|
 |
How you're connected:
| You |
 |
A.M.A.L is in your extended network |
 |
A.M.A.L |
Featured Sponsor
See results for A.M.A.L Maahad
|
SALAM 'EIDUL ADHA!
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
DI DUNIA
1. Dicabut berkat umur (hidup susah dan tidak aman).
2. Dihapuskan tanda orang soleh dimukanya (hilang seri muka).
3. Setiap amalan kebajikan yang dilakukan tidak diberi pahala oleh Allah.
4. Doanya tidak dimakbulkan oleh Allah.
5. Ia tidak tergolong dari kalangan mukmin.
6. Dihilangkan Allah akan rezekinya.
WAKTU HENDAK MATI
1. Mati dalam keadaan hina.
2. Mati dalam keadaan kelaparan.
3. Mati dalam keadaan dahaga yang amat sangat.
DALAM KUBUR
1, Disempitkan kubur sehingga hancur tulang rusuknya.
2. Dinyala api di dalam kubur untuknya, maka ia bergelumang di dalam api siang dan malam.
3. Datang ular bernama SYUJA yang matanya daripada api neraka dan kukunya daripada besi (panas neraka) dan menggigit setiap ketika hingga hari kiamat.
DARI KUBUR KE AKHIRAT
1. Diberatkan hisab (banyak soal jawab).
2. Dimurkai Allah.
3. Dimasukkan ke dalam neraka.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
thAks veRy muCh!
+
syUkr0n!
+
Myspace Smileys Images
glitter graphics Graphics Codes
+
ila semua bdk2 amal,
bittaufiq wannajah in ur exam..
insyaAllah, Amal terus maju dlm redha Allah,
salam..