"Dan hendaklah ada dikalangan kamu ummat yang berdakwah kearah kebaikan , menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran dan mereka adalah golongan yang beroleh kemenangan. -(Surah ali – imraan : 104)www.muhdsyafiq-alfateh87..."
Khutbah Terakhir Nabi Muhammad s.a.w
(Khutbah ini disampaikan pada 9hb
Zulhijjah 10H di Lembah Uranah, Gunung
Arafah)
Wahai manusia, dengarlah baik-baik
apa yang hendak kukatakan. Aku tidak
mengetahui apakah aku dapat bertemu
lagi dengan kamu selepas ini. Oleh itu
dengarlah dengan teliti kata-kataku
ini dan sampaikan ia kepada orang-
orang yang tidak dapat hadir di sini
pada hari ini. Wahai manusia, seperti
mana kamu menganggap bulan ini dan
Kota ini sebagai suci, maka anggaplah
jiwa dan harta setiap orang muslim
sebagai amanah suci. kembalikan harta
yang diamanahkan kepada kamu kepada
pemiliknya yang berhak.
Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar
orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan
menemui Tuhan kamu dan Dia pasti
membuat perhitungan di atas segala
amalan kamu. Allah telah mengharamkan
riba, oleh itu segala urusan yang
melibatkan riba adalah dibatalkan
mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap
syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk
menyesatkan kamu dalam perkara-perkara
besar, maka berjaga-jagalah supaya
kamu tidak mengikutnya dalam perkara-
perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu
mempunyai hak ke atas isteri kamu
mereka juga mempunyai hak di atas
kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan
hak mereka ke atas kamu maka mereka
juga berhak untuk diberi makan dan
pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan
baik, berlemah lembutlah terhadap
mereka kerana sesungguhnya mereka
adalah teman dan pembantu kamu yang
setia. Dan hak kamu ke atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang kamu tidak sukai
ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina. Wahai manusia,
dengarlah kata-kataku ini, sembahlah
Allah, dirikanlah sembahyang lima kali
sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan
dan tunaikanlah zakat dari harta
kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah
haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah
bahawa setiap muslimin adalah saudara
kepada muslimin yang lain. Kamu semua
adalah sama, tidak seorang pun yang
lebih mulia dari yang lain kecuali
dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan menghadap
Allah pada suatu hari nanti untuk
dipertanggungjawabkan di atas segala
apa yang telah kamu kerjakan. Oleh
itu, awasilah agar jangan sekali-kali
kamu terkeluar dari landasan kebenaran
selepas ketiadaanku. Wahai manusia,
tidak ada lagi Nabi atau rasul yang
akan datang selepasku dan tidak akan
lahir agama baru. Oleh itu wahai
manusia, nilailah dengan betul dan
fahamilah kata-kataku yang telah aku
sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua
perkara, yang sekiranya kamu berpegang
teguh dan mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan
Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar
ucapanku, menyampaikan pula kepada
orang lain. Semoga yang terakhir lebih
memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya
telah aku sampaikan risalah Mu kepada
hamba-hambaMu..
Firman Allah SWT:
"Hanya yang takut kepada Allah SWT
dari golongan hamba-hambaNya itu
adalah dari golongan orang yang
berilmu pengetahuan".
(Surah Al-Faatir)
Who I Want to Meet:
Visit my blog at : http://fairusshakirinalorstari.wordpress.com/
Original message from blizz@rd:
> ----------------------------------
> Original message from Muhammad Hanif:
> > ----------------------------------
> > Original message from ☻clah:
> > > ----------------------------------
> > > Original message from izni:
> > > > ----------------------------------
> > > > Original message from sy@z_:
> > > > > ----------------------------------
> > > > > Original message from putri:
> > > > > > ----------------------------------
> > > > > > Original message from tiHi:
> > > > > > > ----------------------------------
> > > > > > > Original message from n[A]q[I] lUrVe:
> > > > > > > > ----------------------------------
> > > > > > > > Original message from N.A.S.(:
> > > > > > > > > ----------------------------------
> > > > > > > > > Original message from wANiE yUnHO:
> > > > > > > > > > ----------------------------------
> > > > > > > > > > Original message from N.A.S.(:
> > > > > > > > > > > Har
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
terima kasih krn add ana..
nk tya...enta kwn qistina ka?
all da bez..