|
kamehameha
|
" adakah kau dan aku hanya boneka yang beterbangan di ruang sang opurtunis bangsat...."
"MyNiceSpace.com
CERITA KITA
Sejarah biasanya tertulis. Ada juga sejarah yang tak tertulis, tapi tersebar dari mulut ke..."
More about Mr... Taufik
|
-
Schools (Other):
skfk, smb, ilppg, adtec bp (fuck that ass)
-
College/University:
Adtec Batu Pahat, Attended 2006 - Present, Class of 2009, Postdoctoral
-
Occupation:
NDT free lance
-
Hobbies and Interests:
tengok bulan kire bintang/skankin
-
Favorite Books:
Kamus
-
Favorite Movies:
Underground malaysia scence (coming soon)
-
Favorite Music:
Skunkfix
-
Favorite TV Shows:
Punk'd
-
Zodiac Sign:
Gemini
-
About Me:
 MyNiceSpace.com
CERITA KITA
Sejarah biasanya tertulis. Ada juga sejarah yang tak tertulis, tapi tersebar dari mulut ke mulut. Bila kita cerita pasal muzik bebas atai indiependent ataupun underground, yang memang dah tentu sah adalah sejarahnya bukan sejarah bertulis. Ada macam-macam mitos dan lagenda bila kita cerita tentang zaman-zaman awal underground dulu. Zaman masa semua orang mesti akhirnya akan sampai jugak ke tempat kat Restoran Hameed, atau kat Food Court CM tu.
Zaman kita tukar-tukar kaset, tukar-tukar fanzine, pinjam majalah atau surat khabar muzik dari luar macam New Musical Express, Melody Maker dan sudah semestinya kitab punk terkemuka sedunia, fanzine Maximum Rock N Roll. Zaman kita seronok bila fanzine macam Aedes dan Vortex From The East keluar isu baru. Zaman dimana bunyi rakaman yang rabak habis pun tetap kita panggil demo tape atau paling kurang kita panggil rehearsel tape. Zaman kita makan roti canai sekeping dan minum air kosong tapi lepak berjam-jam kat Hameed. Ataupun bagi antara kita yang lagi susah, zaman kita kongsi minum air kosong tapi masih lepak berjam-jam kat situ.
Zaman dimana mat punk, mat metal, mat hardcore, mat grind, mat alternative dan macam-macam mat lagi boleh pergi tengok dan main di gig yang sama. Zaman dimana segala macam mat ni semuanya kawan-kawan, dan ramai yang sebenarnya kawan serumah, dan masing-masing tolong band-band kawan masing. Takde semangat berpuak, takde semangat busuk hati.
Dikalangan kita yang lebih sinis, kita anggap zaman tu dah lama habis, satu nostalgia lapuk yang takkan berulang. Kita dah tak senaif dulu, kata kita. Zaman tu tak ada internet, tak ada mp3, tak boleh email. Lagu zaman dulu senang sangat, kata kita. 3 kord, 4 kord saja. Pendek kata, kita lagi maju sekarang.
Memang benar kita lagi maju sekarang. Tapi kadang-kadang, bila kesusahan menekan keupayaan dan semangat kita untuk melawan akan jadi lebih kuat. Oleh sebab kit takde internet dan takde mp3 lah band-band dari zaman itu lagi banyak punya identiti muzik mereka sendiri. Boleh tak kita kata yang Infectious Maggots ada bunyi macam mana-mana band luar yang lain? Ataupun Caburetor Dung? Ya, kita boleh senang-senang labelkan mereka ‘punk’, tapi ada atau tidak band luar yang bunyi sebijik macam mereka? Atau Silkhannaz? OAG? The Pilgrims? Jawapannya tak. Oleh kerana nak dapatkan rujukan muzik lagi susah untuk merekalah yang terpaksa mencari sesuatu dalam diri mereka sendiri untuk diluahkan dalam muzik mereka.
Oleh sebab sekarang kita dah ada internet, mp3 dan segala aktiviti yang berkaitan dengannya lah banyak band-band kita sekarang cuma sekadar klon, samada klon genre pilihan mereka ataupun klon pemuzik idola mereka. Nak bunyi gitar macam idola anda? Senang saja, ada macam-macam software kita boleh download untuk dapatkan bunyi yang kita nak. Kadang-kadang kita lupa, bila semuanya dah senang, kita lagi susah untuk mencuba, sebab lagi senang untuk kita jadi leka.
Hakikatnya apa yang membuatkan muzik bebas, indiependent atau underground ni istimewa adalah sebab ia biasanya lahir dari reaksi naluri pembikinnya sendiri. Bagi sesetengahnya, muzik yang mereka hasilkan adalah reaksi terhadap apa yang mereka tak suka, ataupun terhadap sesuatu yang membuatkan mereka bosan. Bosan dengan rock kangkang? Jom kita cuba rock yang lain. Bukan baru ya, lain. Bosan dengan pop leleh? Jom kita cuba pop yang lain.
Bagi yang lain pula, sekadar mencari bentuk eksperesi yang lebih kena dengan jiwa mereka. Jangan lupa, setiap bentuk seni itu ada keesahannya. Yang membezakan baik dari yang buruk cuma keikhlasan, dan samada hasil kerja itu sendiri itu bagus atau tidak.
Yang pastinya, walau apa pun sebab kita mahu bermuzik, kita semua nak bermuzik mengikut apa yang kita sendiri mahu. Album nanti tak boleh jual sebab konsep atau genre kita takde nilai klomersil? Takpe, kita buat juga, sebab itu yang kita suka dan itu muzik yang kita nak. Album nanti tak boleh jual sebab konsep atau genre kita takde imej? Takpe kita buat jugak sebab kita nak bermuzik bukan berimej. Takde orang nak tolong buat album kita? Kita buat sendiri. Takde yang nak bagi duit kat kita? Kita guna duit sendiri. Takde yang nak tolong jual album kita? Takpe kita jual sendiri.
Tapi kalau kita tak mula dengan langkah pertam macam mana nak sampai ke langkah yang seterusnya kan? Jadi, kita cuba saja. Sekurangnya kita dah pun bermula, dan kamu juga dah ada tempat untuk bermula……….
-
Who I Want to Meet:
          Create your own at MyNiceSpace.com

|
 |
How you're connected:
| You |
 |
Mr... Taufik is in your extended network |
 |
Mr... Taufik |
Featured Sponsor
See results for Mr... Taufik GaBAn
|
Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini
wei tu num tok kaduk laa, patut pun tak dapat..
aq dah pakai maxis laa...
ku hantar kat msg k...
wei tu num tok kaduk laa, patut pun tak dapat..
aq dah pakai maxis laa...
ku hantar kat msg k...
num aner call?
..nnt ko krim slm kt awek tu..
dgt r mersing..
lu skunk keje or study?
hEbat..ahaha..
dh appLy manE2??
aah ler taufik ui, kite dok sibuk OJt skrg.
taufik watpe??.dh koje bolom???