sioloon fun club

      bannersioloon2.jpg
      "As you're here, you'll see lights and flashes, We treat you like a star. We welcome you like brothers and sisters.Ultimately, we're happy to welcome you to Sioloon Fun Club www.sioloon.ning.com"

      "ASSALAMMUALAIKUM W.B.T bersyukur kepada kudrat Illahi dengan tertubuhnya sioloon semenjak tahun 2003 disebuah perkampungan..."

      更多關於 sioloon

      sioloon的照片庫

      • gif
      • 沒有照片
      • 公開
      banner
      Program Sepakat Bestari Kg.Warisan Inanam. 040709
      1st sabah Toyota gathering

      sioloon's Treasure Chest

      更多關於 sioloon

      • 關於我:

        ASSALAMMUALAIKUM W.B.T bersyukur kepada kudrat Illahi dengan tertubuhnya sioloon semenjak tahun 2003 disebuah perkampungan daerah papar (Beringis) telah banyak membantu para belia dalam memajukan diri dalam dunia permotoran. selain itu ia juga dapat mengeratkan silahtulrahim antara semua kaum,agama dan bangsa. semoga dengan kewujudan sioloon ini, sebuah komuniti besar bakal dilahirkan dalam membimbing belia hari ini dalam membentuk jati diri yang kental. Perjuangan sioloon bukan sekadar hanya tertumpu kepada komuniti tetapi juga kepada negara dan bangsa agar ianya dijadikan sebagai pusat berkongsi ilmu dan pengalaman. sesungguhnya membina komuniti merupakan satu tugas yang amat berat tetapi kami di sini "sioloon fun club " akan cuba merealisasikan impian menjadi realiti. itu janji kami kepada anda semua.sekian terima kasih.

        Bcoz why?
        Bcoz u are myfriends....

        HIGHLIGHT
        the word 'sioloon' comes from papar, sabah which
        brings the meaning 'CURSE' in malay "SUMPAHAN". The club @ team was formed since the year
        2003 with few members (considered inactive)

        Society Of Local Motorsports Network (S.I.O.L.O.O.N) ini merupakan pertubuhan yang ditubuhkan untuk mengabungkan satu unit penjana yang mampu mengerakkan industri ini ke satu arah global komuniti yang berkaliber. Tumpuan penubuhan adalah menarik minat para belia untuk menceburi bidang ini dengan lebih efektif dan berbudaya saing yang sihat.Selain, menerajui aktiviti-aktiviti berkonsepkan sukan permotoran yang sebelum ini tidak mempunyai haluan yang disarankan kerajaan.

        Penubuhan ini akan melakukan pembaharuan bagi para belia untuk menggunakan kelebihan yang ada dengan menganjurkan aktiviti yang sah di bawa undang-undang kerajaan. Ini sekaligus memberi satu impak yang besar kepada kerajaan bagi mengurangkan kegiatan aktiviti yang tidak bermoral seperti menganjur perlumbaan haram yang akhirnya membawa padah kepada individu serta masyarakat. Malah, akan membawa kemusnahan masa depan mereka. Dengan itu, pertubuhan ini akan cuba mencari seberapa banyak iktihar bagi membetulkan situasi demi para belia yang bakal menjadi pemimpin negara masa depan.

        Peraturan-peraturan yang dibentuk oleh pertubuhan ini juga mampu membentuk para belia untuk mematuhi undang-undang. Ini penting bagi mendisiplinkan para belia daripada melakukan kesalahan dan sekaligus imej para belia tidak akan tercemar , lebih-lebih lagi persepsi masyarakat terhadap belia yang berkecimpung dalam pengiat sukan permotoran ini.

        Untuk memastikan pertubuhan ini ditubuhkan dapat diaplikasikan sebaik mungkin, pihak ahli jawatankuasa akan bertindak lebih efeksyen , bijak berkomunikasi dan setiasa memupuk sifat rasional. Disamping tegas dalam mematuhi segala undang-undang yang mampu menerapkan nilai-nilai murni kepada para belia agar tidak mensia-siakan dunia sukan permotoran ini.

        Oleh itu, kerjasama antara semua pihak amatlah diperlukan dalam merealisasikan impian ini. Tanpa sokongan daripada badan-badan kerajaan mahupun swasta, maka saya-sialah perjuangan dari sebelah pihak yang mempunyai azam yang jitu untuk menaikkan martabat negara. Bak pepatah melayu bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

        Persatuan ini merupakan sebuah kelab kecil yang telah berkecimpung dalam dunia permotoran seawal tahun 2003. Persatuan ini berasal daripada kampung Beringis , Papar , Sabah yang terletak kilometer 36 dari Bandaraya Kota Kinabalu.

        Tujuan penubuhan kelab tidak rasmi ini adalah untuk mewujudkan satu pertalian yang boleh mewujudkan kemajuan dalam industri permotoran. Setelah sekian lama menyepi persatuan ini telah kembali dengan penuh komitmen,Selaras dengan kemajuan teknologi masa kini telah membuka sebuah laman web www.sioloon.com bagi mengembangkan lagi rankaian yang sedia ada. Di mana tujuan pembukaan laman web ini dapat membantu semua pengiat sukan permotoran untuk berkongsi maklumat disamping mengeratkan silahtulrahim.

        Pembukaan laman web www.sioloon.com pada 23 Mac 2007 lalu merupakan satu fenomena baru yang mampu mengemparkan dunia permotoran di negeri Sabah. Ini kerana laman web tersebut telah menerima sambutan diluar dugaan daripada pengiat sukan permotoran yang terlalu extream dalam industri ini. Laman web ini bukan sahaja menjadi medan bagi pengiat sukan permotoran malah mampu menjana urusan jual beli secara online kepada peniaga barangan permotoran.

        Usaha persatuan ini tidak terhenti di dalam melayari lama web sahaja. Malah telah mengatur perjumpaan sebahagian pelayar laman web tersebut. Perjumpaan demi perjumpaan diatur sehinggalah menjadi satu komuniti besar yang mampu bersatu hati melakukan aktiviti riadah bagi belia. Dorongan dan bimbingan daripada semua ahli, membantu persatuan ini untuk berani tampil ke depan bagi merealisasikan impian pengiat sukan permotoran di negeri Sabah ini.

      • 我想要結識的人:

        top-ba10.gif

        Www.sioloon.com Click here


        Visit Sioloon Fun Club

      對sioloon的意見和評論

      • sioloon
      • 張貼於
      • Turbo vs. Supercharger 4/3/2002 11:31:00 PM It's one of the most common questions we are asked - the answer to which is almost impossible to find "What is better - a supercharger or a turbo?" We only wish the answer were that simple, but unfortunately ... more details http://www.sioloon.com/engine-performance-f9/turbo -vs-supercharger-t8705.htm
      • sioloon
      • 張貼於
      • kepada semua warga sioloon yang sukakan
        cabaran,disini saya mau mencadangkan 1 lagi aktiviti untuk kita enjoy
        selain dari cabaran dota dan counterstrike..kini saya ingin membuka
        cabaran paintball untuk semua warga sioloon untuk dijadikan aktiviti
        bulanan yang mana saya udah runding dia punya field operator supaya
        bagi discount utk club kita... seterusnya clik url di bawah
        http://www.sioloon.com/planing-f118/paintball-batt le-sioloonbattle-date-suggestion-needed-asap-t1497 7-50.htm
      • RyanAsh
      • 張貼於
      • sunyii jak..hehe..mna admin sfc fs nih?..hehe
      • sioloon
      • 張貼於
      • Lepak santai aidilfitri Kota Kinabalu (HQ) sioloon
        Pada : 2 oktober 2009 /masa: 8.00 Pm/Tempat:restaurant abah & angah
        untuk selanjutnya hubungi aLFFiaN 0163399044

        sempena aidilfitri , disarankan para siolooners untuk membawa kuih raya semasa LS kali ini . disamping memakai baju raya (baju melayu & kurung) bagi non-muslim anda boleh memakai t-shirt sioloon.

        more info : http://www.sioloon.com/borneo-f185/lepak-santai-ko ta-kinabalu-t10858-525.htm
      • T.O.K K.A.N.D.I
      • 張貼於
      • to ld members sioloon..
        kita gabung buat event...
        contoh autoshow...
        best tu gabung dgn budak2 scoot..
      • sioloon
      • 張貼於
      • sabah10.jpg


        Jemputan ini terbuka kepada semua siolooner

        Tarikh:26 julai 2009
        Masa:2.00 pm - 6.00 pm
        lokasi:Grownball lounge 6t floor , centre point,kk


        *Setiap orang dikenakan yuran RM35.00*
        *maklumat lanjut boleh hubungi 0143714515 (Langau)*
        *siolooner diwajibkan memakai t-shirt sioloon semasa menghadiri majlis ini*

        masuk link ini untuk update nama:
        http://www.sioloon.com/club-talks-f3/jemputan-pemb ukaan-sabahanfm-t13350.htm#436386
      • sioloon
      • 張貼於
      • poster10.jpg
      • sioloon
      • 張貼於
      • new33310.jpg

      sioloon's Slide Shows

      sioloon's Slide Shows

      sioloon的媒體庫

      你的連線方式:

      sioloon 在你的擴展關係網路中 sioloon

      sioloon 的朋友


      Featured Sponsor

      See results for sioloon fun club

      sioloon的家族

      • SioLooN
      • 251 會員 | 性質:公開
      • 上次發表:
      • Siolo0NeRsz
      • 134 會員 | 性質:公開
      • 上次發表: