NICE tampil dengan imej remaja ceria dan aktif serta gaya tersendiri dan konsep album yang menggabungkan genre muzik pop dakwah dan genre muzik R&B dijangka mudah untuk mendekati golongan rakan sebaya, memandangkan remaja pada hari ini memerlukan sesuatu yang lebih segar dan suntikan pembaharuan dalam genre nasyid tanahair yang bermatlamat untuk menaikkan kembali zaman kegemilangan nasyid yang semakin pudar sejak akhir-akhir ini.
Dengan niat untuk menarik minat rakan remaja agar sama-sama meminati genre muzik nasyid yang berkonsepkan pop dakwah dan R&B, maka NICE telah ditubuhkan melalui satu uji bakat dan setelah beberapa tapisan dibuat akhirnya kami terpilih sebagai artis pertama NAZZ Music Entertainment. NICE dianggotai oleh Muhd. Safwan Jahri ( bekas anggota aeman ), Muhd. Afiq Hamdan, Mohd. Izwan Musai dan Wan Mohd.Taqiuddin Wan Hussin.
Nice ditakrifkan sebagai “Networked Individual Calibrated for Exploration” yang membawa maksud sekumpulan individu yang berhubung baik antara satu sama lain yang bermatlamat untuk menentu ukur penjelajahan mereka di dalam industri nasyid supaya diterima sehingga ke seluruh dunia.
NICE menampilkan konsep album yang menggabungkan genre muzik ‘pop arabic’ dan R&B yang segar dan bertujuan untuk meperluaskan penerimaan pendengar dan menarik minat pencinta muzik dari genre lain. Sasaran utama kumpulan nasyid NICE adalah penuntut – penuntut IPT, peminat peminat nasyid selain ‘mass market’ secara amnya.
Album ini mempunyai kekuatan utama yang tersendiri apabila penghasilannya melibatkan kolaborasi bersama penyanyi tersohor negara yang juga guru vokal NICE iaitu Hazami. Hazami telah melibatkan diri secara aktif dengan NICE bukan sahaja dalam aspek penciptaan dan penerbitan lagu, malah juga dalam susunan vocal. Hazami sendiri telah menyumbangkan 3 lagu penuh + 1 lagu interlude untuk album ini.
assalamu'alaikum..saya peminat setia industri nasyid tanah air...Sesekali Diuji dan Metafora amat manis berada di halwa kedua telinga saya...hobi saya menulis sajak dan puisi,jadinya kalau saya berniat untuk mnghantar karya saya untuk dinilai sebagai lirik lagu adakah boleh?
salam abg2 smua... hmmm sy memg suka sgt lagu kump.nice.. especially lagu sesekali diuji, metafora n bicara hatiku... sy study dkt2 dgn uia je.. nant kalo ada show, jgn lupa inform2 k...
nice!!finallly dpat gak fan club u all!!!1ser0n0k nye..nnti kn ckap kt safwan,sye mnat gler dye!!lpas 2,kim salam rndu kt taqiey..lpas 2,ckap kt izwan,sedap ngat suara dyer...ckap kt afiq plak>i'am ur big fanz...hik3...wah,bestnyer...sye mnat la nice!!aaaaaa...........nnti dtg la penang wat sh0w kt sni???bleyh laa...
sy mmg minat kat abg2 sume..
n_n
sy paling suke lagu..
bicara hatiku dan selawat...
n_n
semoga sukses slalu...
~syafiqah~
bila NICE nk wt show kt kelantan??
moga terus berjaya melebarkan sayap nasyid tanah air.