|
|
"This is SMK JALAN ARANG , plz add this school as ur fren ."
"5.1 Latar Belakang Sekolah
Pengenalan:
Pendidikan sangat penting pada masa ini kepada generasi muda. Sekolah-sekolah..."
More about SMK Jalan Arang FANS 俱乐部
|
-
SMK Jalan Arang FANS 俱乐部's Photo Gallery
-
-
More About SMK Jalan Arang FANS 俱乐部
-
Schools (Other):
SMK JALAN ARANG
-
Occupation:
STUDENTS ,TEACHERS
-
Hobbies and Interests:
ONLINE
-
Favorite Books:
HARRY POTTER
-
Favorite Movies:
LOLLIPOP
-
Favorite Music:
CRYING IN THE RAIN
-
Favorite TV Shows:
ALL
-
Zodiac Sign:
Aries
-
About Me:
5.1 Latar Belakang Sekolah
Pengenalan:
Pendidikan sangat penting pada masa ini kepada generasi muda. Sekolah-sekolah didrikan dengan tujuan menyediakan sesuatu tempat yang selesa untk pelajar belajar. Sekolah kita bernama SMK. Jalan Arang dan talah didirikan di Jalan arang pada pertengahan tahun 2002. Sebelum SMK. Jalan Arang didirikan, kawasan sekolah ini merupakan kawaan yang berlumpur. Penduduk-penduduk d sekitar Jalan Arang telah mencadangkan kepada Jabatan Pendidikan untuk membina sebuah sekolah di Jalan Arang.
Peta Sarawak
Peta SMK. Jalan Arang
SMK Jalan Arang telah siap dibina pada pertengahan tahun 2002. Pelajar yang telah tamat persekolahan rendah di sekolah yang berhampiran dengan SMK Jalan Arang akan ditempatkan di sekolah ini pada awal tahun 2003 untuk meneruskan pelajaran mereka. Reka bentuk dan juga struktur bangunan sekolah ini amat unik dan juga menarik. Berteraskan konsep sekolah moden, semua blok bangunan mempunyai tiga tingkat dan telah dibina di bawah satu bumbung. Kawasan sekolah mempunyai keluasan kira-kira 15 hektar.
Pada awalnya, SMK Jalan Arang dibumi oleh kira-kira 878 orang murid sahaja. Ketika itu, 22 kelas dibuka untuk menampung pelajar dengan 43 orang guru dan 7 orang kakitangan bukan guru beroperasi di bawah pimpinan Puan Belinda Lim Sok Khoon selaku Pemangku Pengetua dan Puan Hii Kwong Ing selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
Menjadi warga perintis merupakan suatu tugas yang agak susah. Pelbagai cabaran dan dugaan terpaksa dilalui, terutama dalam mengurus dan mentadbir sebuah sekolah baru. Namun, berkat kesabaran, kecekalan dan semangat jitu semua pihak telah berjaya membawa SMK Jalan Arang mengorak langkah terus maju ke depan.
Kini, SMK Jalan Arang menampung sejumlah 1221 orang pelajar, 59 orang guru dan juga 11 orang kakitangan bukan guru. 31 buah kelas dibuka, termasuklah 3 buah kelas tingkatan empat dan 4 buah kelas tingkatan 5 aliran Sains.
(a) Asal Usul Nama Sekolah
Pada pendapat saya, sekolah ini dinamakan SMK Jalan Arang kerana sekolah ini terletak di Jalan Arang.
(b) Tarikh Nama Itu Mula Digunakan
Nama sekolah ini, iaitu SMK Jalan Arang mula digunakan sejak sekolah ini mula digunakan, iaitu pada awal tahun 2003, hari pertama sesi persekolahan.
(c) Tempat Asal Sekolah
Sekolah ini tiada tempat asalnya. Sekolah ini telah dibina di tempat ini sejak pertengahan tahun 2002 hingga kini.
(d) Perasmian Sekolah
Perasmian sekolah diadakan pada masa yang sama dengan nama sekolah ini mula digunakan, iaitu hari pertama sesi persekolahan tahun 2003.
Penutup:
Selepas saya melaksanakan kajian Bahagian 5.1 Latar Belakang Sekolah ini, saya dapat menenali sekolah ini secara lebih mendalam. Saya juga boleh menguasai kemahiran mencari, merekod, mengumpul dan menganalisiskan maklumat tentang sekolah.
5.2 Nama dan Lambang-lambang Kemegahan Sekolah
a) Logo Sekolah
Logo sekolah SMK Jalan Arang merupakan rekabentuk oleh Malisa Binti Edham. Dalam logo ini, terdapat Topi Akademik yang membawa maksud kecemerlangan dalam bidang akademik dalam usaha ke arah melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, corak binaan papan litar (PCB board) & Glob bererti menuju ke era teknologi dan modenisasi yang menghubungkan seluruh dunia manakala jalan / laluan menghala ke glob bererti melangkah ke arah Wawasan 2020 (era moden). Latar belakang logo ini merupakan warna hijau dan kuning. Warna hijau mewakili keharmonian dan warna kuning mewakili kepimpinan, kebolehan, dan kewibawaan.
b) Lencana sekolah
Lencana sekolah dijual buat pertama kalinya kepada pelajar pada bulan Julai 2003. Reka bentuknya yang bertemakan keadaan semasa yang menuju ke arah perkembangan ICT, diilhamkan sendiri oleh Cikgu Malisa Binti Edham. Bentuk dasarnya pula adalah berteraskan bentuk tapak perhimpunan sekolah.
c) Bendera sekolah
SMK Jalan Arang
Warna latar bendera sekolah adalah berasaskan warna bangunan sekolah. Bendera diwujudkan buat pertama kalinya bersempena kejohanan olahraga yang pertama pada Ogos 2003.Warna biru kehijauan bendera melambangkan perpaduan dan kekitaan.
d) Moto sekolah
Berilmu, Berakhlak, Berwawasan
Moto di atas menjadi panduan dan pegangan pelajar di sekolah ini agar mereka sentiasa berusaha untuk dimanfaatkan kepada sendiri, agama, bangsa dan masyarakat serta negara. Para pelajar yang menerima pendidikan di sekolah ini juga akan menggunakan ilmunya untuk bertaqwa kepada Tuhan maha pencipta.
Berilmu - memiliki pengetahuan yang luas untuk memajukan diri, bangsa dan
masyarakat.
Berakhlak- berperipadian mulia sesuai dengan norma-norma masyarakat yang mahukan insan yang berketrampilan dan seimbang daripada segi intelek, jasmani, emosi dan rohani.
Berwawasan - mempunyai matlamat hidup, berprinsip dan berdaya
saingan untuk mencapai kecermelangan berteraskan
-
Who I Want to Meet:
ANYONE
-
SMK Jalan Arang FANS 俱乐部's Media Box
|
 |
SMK Jalan Arang FANS 俱乐部's Fans
SMK Jalan Arang FANS 俱乐部's a Fan Of...
SMK Jalan Arang FANS 俱乐部's Groups
|
Testimonials and Comments for SMK Jalan Arang FANS 俱乐部
new colour shows that our micheal jackson in school got semangat to raya..!
wad a clour!
soo lame.!
GREEN?? GREY??? BROWN..?? PEACH??
soo unprofessional!~
i luv da old colour!~
luks more ceria~
~.~" i prefer the old colour..