|
|
"Assalamualaikum semua......... Siapakah Nowseeheart sebenarnya? Mari kita baca kisah mereka dibawah nie..... Nowseeheart..."
More about Nowseeheart / Alid
|
-
About Me:
Assalamualaikum semua......... Siapakah Nowseeheart sebenarnya? Mari kita baca kisah mereka dibawah nie..... Nowseeheart bermula sebagai sebuah kumpulan nasyid sekolah yang diasaskan oleh seorang guru kaunseling iaitu Cikgu Abu Hasan Morad. Sememangnya nasyid menjadi penyeri majlis-majlis yang diadakan di sekolah tersebut; SEKOLAH MENENGAH AGAMA KUALA LUMPUR. Bermula dengan kejayaan mengadakan persembahan jemputan di Majlis Tilawah Al-Quran anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, bakat 13 anak muda SMAKL yang menganggotai kumpulan nasyid ini dilihat semakin menyerlah. Jemputan-jemputan dari luar juga semakin menggalakkan. Melihat kepada perkembangan yang positif ini,timbul niat untuk merakamkan album sulung. Atas persetujuan pihak sekolah serta bantuan dari Cikgu Abu Hasan Morad dan bimbingan Azahari Ahmad (Raihan) maka terhasillah sebuah album berjudul JENDELA HATI. Kumpulan 13 anak muda ini kemudiannya menggelarkan diri mereka SUARA SMAKL. SUARA SMAKL semakin aktif dengan menyertai beberapa pertandingan nasyid antara sekolah dan pengalaman paling manis ialah berjaya mewakili Wilayah Persekutuan dalam Pertandingan Nasyid Kebangsaan yang diadakan di Pulau Pinang. Setelah ahli SUARA SMAKL melanjutkan pelajaran ke IPT, mereka telah menukar nama kepada ANUGERAH. Dengan nama ini terhasil juga album kedua berjudul MASIH ADA WAKTU. Apabila RAIHAN muncul dipersada seni tanahair dan membuka jalan untuk nasyid, ANUGERAH juga tidak mahu ketinggalan memartabatkan nasyid sebagai salah satu hiburan yang mendidik dalam masyarakat. Farihin Abdul Fatah memperkenalkan kumpulan ini kepada WARNER MUSIC. Akhirnya kumpulan ini diterima bernaung dibawah ZAMRUD RECORDS OF WARNER MUSIC sebagai artis rakaman dan di gelar NOWSEEHEART. Info NOWSEEHEART ALBUM GABUNGAN & PENAMPILAN ISTIMEWA Junjungan Mulia 1 (1998) Junjungan Mulia 2 (2000) Junjungan Mulia 3 (2002) Maafkan-Hari Raya (1999) Keranamu Kosovo (2000) Senyum duet bersama Raihan-Nabi Anak Yatim (2000) KLIP VIDEO Damai Yang Hilang – Klip video pertama kumpulan nasyid menggunakan teknik silicon grafik Ku Harap Cinta – Kumpulan Nasyid Pertama merakamkan video klip di Indonesia, Pengarah; Ricky-MTV Indonesia Damai – Penggambaran di FRIM dengan usahasama Warner Music dan TV3 KONSERT Malam Mencari Kekasih (1998) Syukur RAIHAN (1998) Senyum RAIHAN (2000) Keranamu Kosovo (2000) Arah (Singapura)-(2000) Maal Hijrah Okestra DBKL (2000) Maulidurrasul Okestra DBKL (2002) Nasyid Serumpun (Malaysia-Indonesia di Stadium Istora Senayan (2002) PROJEK KHAS & PERSEMBAHAN ISTIMEWA Persembahan Istimewa Nasyid Gabungan di AIM 1999 Persembahan Istimewa di Istana Alam Shah, Klang sempena HAri Keputeraan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Kembara Rakan Muda Sukan Asia 2006 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Penyampai Anugerah AIM 2002 Persembahan di Showcase Anugerah ERA 2002 IPT-Tour 2002 tajaan HOTLINK (MAXIS) Hotlink X-Fresh Music Festival 2002 di Kuantan, Pahang PENCAPAIAN & PENGHARGAAN Pencalonan Akhir AIM 1999 (Album Wahyu Pertama) Artis Baru Berkumpulan Terbaik Vokal Berkumpulan Terbaik Album Nasyid Terbaik Anugerah Industri Muzik 1999- Artis Baru Berkumpulan Terbaik Pencalonan Akhir Kategori AIM 2003 (Album Berjalan, Melihat, Mentafsir) Rakaman Album Terbaik Vokal Terbaik Album Nasyid Terbaik Anugerah Industri Muzik 2003 - Vokal Terbaik Anugerah Carta IKIM 2004 - Persembahan Terbaik KHIDMAT SOSIAL Kempen untuk Tabung Kemanusiaan Rakyat Afghanistan anjuran UNHCR Tabung Keranamu Kosovo LAGU TEMA DAN KORPORAT 1. Lagu Tema 'Suara Felda' : FELDA 2. Lagu Tema "Sukarelawan Al-Falah" : YADIM 3, Lagu Tema "Skim Berkat" : Pusat Zakat Selangor (PZS MyMuslimPage.com Cursors Skem9 LayoutsLayout made by cindy
|
 |
Featured Sponsor
See results for Nowseeheart / Alid
|
Dengan ketampananmu..kau lebih indah dari matahari
Dengan AKHLAK mu...kau lebih wangi dari haruman
Dengan rendah hati mu...kau lebih tinggi dari rembulan
Dengan kegagahan mu..kau lebih kuat dari dentuman guruh
Maka pertahankanlah keteguhan dan keindahan ini...
Agar kau terus-menerus menjadi PEJUANG ISLAM...
Penegak kalimah ALLAH di muka Bumi...
saLam PerjuAngaN..!!!
jangan suka mendedah tubuh
jadilah seperti jagung,
jangan seperti gajus.
jagung membungkus bijinya yang banyak,
sedangkan gajus mempamerkan
bijinya yang cuma satu.
setia terhadap pasangan
jadilah seperti pohon pisang.
pohon pisang kalau berbuah
hanya sekali seumur hidupnya.
kecantikan dalaman
jadilah seperti durian,
jangan seperti kedondong.
durian walaupun di luarnya
penuh kulit yang tajam,
tetapi di dalamnya lembut dan manis.
berbeza dengan kedondong,
di luarnya mulus dan berkilat,
tetapi di dalamnya ada biji yang berduri.
jaga kesucian dalam pergaulan
jadilah seperti sengkuang.
walaupun hidup dalam tanah dan selut,
tetapi umbinya tetap putih bersih.