INDAH RUHAILA

      cover album.jpg
      "Jgn lupe saksikan clip-video pertama indah dlm.,OBSESI-slot samarinda-hanya di tv3!"

      "INDAH RUHAILA BINTANG BARU SURIA RECORDS Biarpun sering dibentangkan dengan isu industri rakaman yang semakin tenat..."

      More about INDAH

      INDAH's Photo Gallery

      INDAH's Treasure Chest

      INDAH's Blogs

      loading...

      More About INDAH

      • Occupation:

        SINGER

      • Affiliations:

        amp.channelv.com/indahruhaila

      • Hobbies and Interests:

        singing..dance..traveling..

      • Favorite Books:

        fashions magazine

      • Favorite Movies:

        thirller..action..comedy..romance

      • Favorite Music:

        anything sounds good

      • Favorite TV Shows:

        fun n talk tv shows

      • About Me:

        INDAH RUHAILA
        BINTANG BARU SURIA RECORDS


        Biarpun sering dibentangkan dengan isu industri rakaman yang semakin tenat serta masaalah cetak rompak, namun perkara ini sedikit pun tidak mematah semangat Suria Records (SRC) untuk terus mencungkil bakat2 baru sebagai artis rakaman. Sebelumnya SRC cukup gah dengan melahirkan artis2 ternama seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Noraniza Idris mahupun Anis Suraya.

        Jelas terbukti barisan artis2 tadi adalah anak kelahiran SRC dan pernah menguasai industri hiburan. Sebagai sebuah syarikat rakaman tempatan yang sentiasa aktif, SRC terus berusaha menampilkan artis2 baru yang kebanyakkan bakat mereka digilap melalui pelbagai pertandingan nyanyian.

        Terbaru, INDAH RUHAILA, merupakan bintang baru SRC yang bakal meneruskan kesinambungan artis-artis wanita hebat di syarikat ini. Bintang baru SRC ini telah memberi keyakinan buat SRC setelah lama tidak melahirkan artis baru. Selebihnya, SRC mengharapkan sokongan media supaya dapat memberi ruang publisiti yang meluas bagi menentukan sejauh mana artis baru ini dapat diterima penggemar hiburan.

        Walaupun terpaksa menunggu masa hampir dua tahun album ini disiapkan, artis baru yang sentiasa berketerampilan menarik ini tetap sabar kerana hasil album pertamanya tidak mengecewakan. Malah masa terluang sentiasa diisi dengan pelbagai aktiviti seperti kelas menari, grooming, kelas komunikasi serta kelas asas organ. Semua ini adalah persediaan Indah supaya lebih yakin sebagai langkah awal sebagai anak seni.

        Pengemari penyanyi Noryn Aziz, Datuk Siti Nurhaliza dan artis barat seperti Christina Aguilera dan Celine Dion sebagai idolanya. Disetiap persembahannya, Indah sering menyanyikan lagu-lagu Inggeris, malah Indah juga cukup pintar menyanyikan lagu-lagu dangdut. Meminati semua jenis muzik terutama sekali lagu2 berentak rancak. Anak ketiga dari lima saudara ini juga gemar lepak2 dipusat karaoke bersama teman2 atau keluarga jika ada masa terluang. Dipusat karaoke inilah Indah banyak menimba pengalaman menyanyikan pelbagai rentak lagu.

        Pembabitan awal Indah bermula dengan menyanyikan lagu-lagu keroncong di setiap persembahan makan malam VVIP sekitar Johor Baharu sehinggalah di istana2 Johor dan juga majlis2 kerajaan. Berpengalaman selama 4 tahun menyanyikan lagu-lagu keroncong asli dibawah bimbingan guru Yayasan Warisan Johor. Disinilah Indah mengasah bakat menyanyikan lagu-lagu keroncong asli bersama kumpulan Cempaka Jingga.

        Sebelum diangkat sebagai penyanyi rakaman, Indah Ruhaila menyertai pertandingan nyanyian yang dianjurkan oleh pihak SRC. Penyertaannya menarik minat pihak SRC setiap kali muncul membuat persembahan. Pertandingan yang dinamakan KIP Idol itu telah diadakan di Johor dan Indah adalah juaranya. Selain berwajah cantik, Indah juga mempunyai kekuatan vokal yang sangat hebat, mampu mengawal suara pada nada yang tinggi dengan baik sekali serta kelunakan suaranya cukup memukau.

        Diharapkan pakej lengkap yang ada pada Indah Ruhaila akan memberi sinar terhadap karier barunya ini. Selain itu, Indah juga berikrar akan berkerja keras kerana beliau sendiri tahu betapa sukar sebenarnya untuk sampai ketahap ini.

        Berusia 21 tahun, berbintang Leo, gadis kecil molek berasal dari Pasir Gudang, Johor Baharu ini sudah bersedia untuk melangkah sebagai penyanyi terkenal. Darah seni Indah mungkin juga datang dari keturunan keluarganya seperti arwah moyangnya Rosiah Chik dan juga banyak mendapat tunjuk ajar daripada pakciknya Ayai dari kumpulan IIlusi.

        Album Indah mengambil masa lebih setahun bermula dari menjalani proses pemilihan lagu-lagu serta proses rakaman suara. Sebagai artis baru, pihak SRC menilai pelbagai aspek bagi memastikan album pertama ini mampu memikat serta dapat bersaing dengan album-album lain dipasaran.

        Album ini hanya menggunakan nama Indah Ruhaila sebagai judul dan mulai dipasarkan pada 13 Oktober 2008. Berkonsepkan Pop Balada, album perdana ini mengandungi 11 buah lagu. Membariskan nama-nama komposer hebat seperti Aiman, Alfa, Sharon Paul, Neves, Along Exist, Siew serta Faizal Tahir.

        Album Indah Ruhaila membariskan lagu-lagu seperti ‘Dengarlah Kekasih’ (Aiman / Zimi Sofaz), ‘Tak Mau Mengerti’ (A Farrugia / Zimi Sofaz), ‘Berikan Aku Mimpi Indah’ (Alfa Booty Kesuma / Tisya), ‘Lihat Di Baris Tiga’ (Neves / Naziar), ‘Jujur PadaKu’ (G-Nola / Musrad), ‘Siapa Luka Siapa’ (Neves / Layla Ismail), ‘Akan Aku Harungi’ (Sharon Paul / Mable), ‘Hati Ini’ (Faizal Tahir / Hani MJ), ‘Bukan Sehari’ (Aiman / Habsah Hassan, ‘Tak Kuasa Aku’ (Alfa Booty Kesuma / Tisya) dan lagu ‘Retas’ (G-Nola / Ayang Batrisyia)

        Antara lagu-lagu yang menjadi taruhan seperti ‘Dengarlah Kekasih’, ‘Tak Mahu Mengerti’, ‘Berikan Aku Mimpi Indah’, ‘Lihat Dibaris Tiga’, dan lagu ‘Akan Aku Harungi.

        Ramai komposer menyenangi bakat Indah Ruhaila. Proses rakaman suara mengambil masa yang cukup singkat, ini kerana Indah banyak membuat latihan dirumah.

        Untuk al

      • Who I Want to Meet:

        PENERBIT

        - Sharon Paul
        - Neves
        - Along Exists
        - Zulkefli Majid
        - Siew
        - Faizal Tahir
        - Alfa Booty Kesuma


        PENCIPTA LAGU

        Sharon Paul
        Aiman
        Neves (Preety Ugly)
        Along Exists
        Faizal Tahir
        Alfa Booty Kesuma
        A.Farrugia



        PENULIS LIRIK

        Lew Mable
        Aiman
        Zimi Sofaz
        Layla Ismail
        Tisya
        Ayang Batrisyia
        Naziar
        Musrad Exists
        Hani MJ
        Habsah Hassan

      Testimonials and Comments for INDAH

      • AzMiL AiDiL...
      • Posted
      • hi indah..best r album baru awk ..
      • princess
      • Posted
      • hye indah... =)
      • princess
      • Posted
      • suare indah best!! merdu =)
      • princess
      • Posted
      • hye indah...sht?
        awk ade ym?
      • INDAH
      • Posted
      • ada...awk ada fb x?..add indah www.facebook.com/indahruhala
      • Gee
      • Posted
      • suke lagu dengarlah kekasih....
        ade fanclub x??
      • Mohd Huzairie
      • Posted
      • Salam Sejahtera, Indah Ruhaila...Apa khabar? Thanks for accept sy jd member u yea. Selamat Tahun Baru 2009 Moga di Tahun baru nanti moga perhubungan persahabatan kita berkekalan selama2nya...Take Care,Tq

      INDAH's Slide Shows

      INDAH's Media Box

      How you're connected:

      You INDAH is in your extended network INDAH

      INDAH's Friends


      Featured Sponsor

      See results for INDAH RUHAILA

      INDAH's a Fan Of...

      INDAH's Groups

      • UNGU loVers
      • 26638 Members | Public group
      • Last post: