Instinct

      instinct.jpg
      "www.instinctnasyeed.wordp.."

      "INSTINCT merupakan sebuah kumpulan nasyid yang baru bertapak dalam industri nasyid negara secara komersial pada awal tahun..."

      More about Instinct

      Instinct's Photo Gallery

      Instinct
      Konsert n Show

      More About Instinct

      • College/University:

        Universiti Sains Islam Malaysia, Attended 2004 - 2007, Class of 2007, Bachelor's Degree

      • Occupation:

        Nasyeed Singer...

      • Affiliations:

        Instinct Entertainment

      • Zodiac Sign:

        Leo

      • About Me:

        INSTINCT merupakan sebuah kumpulan nasyid yang baru bertapak dalam industri nasyid negara secara komersial pada awal tahun 2008, namun penglibatannya dalam seni suara sudah mencecah usia 5 tahun. INSTINCT ditubuhkan pada tahun 2004 hasil pertemuan dalam satu pertandingan nasyid interfakulti yang dianjurkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (pada ketika itu Kolej Universiti Islam Malaysia).



        AHLI INSTINCT

        INSTINCT diketuai oleh Saudara Farid atau nama penuhnya Md Faridhilmi Bin Muslimin. Anak Jati Batu Pahat, Johor ini merupakan graduan dalam bidang Dakwah dan Pengurusan Islam dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan sekarang mengajar di sekolah di JB.

        Khairul Azizi Bin Elias berasal dari negeri Jelapang padi, merupakan graduan dari Universiti Sains Islam Malyaysia dalam bidang Syariah dan Kehakiman. Mesra dengan panggilan Gg, beliau baru sahaja menamatkan pengajian bagi Diploma Siswazah pengkhususan Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie di USIM. Bergelar seorang Usahawan Muda, kini beliau telah menubuhkan sebuah syarikat Percetakan di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

        Mahathir Bin Mazizan atau Madier, graduan dalam bidang Syariah dan Kehakiman dari Universiti Sains Islam Malaysia, merupakan anak watan negeri Johor yang kini bertugas sebagai Penolong Pendaftar di Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) Melaka, setelah menamatkan pengajian beliau di peringkat Diploma Siswazah dalam pengkhususan Diploma Amalan Kehakiman dan Guaman Syarie di USIM.

        Mohd Ghazali Bin Abdul Manap atau lebih mesra dengan panggilan Zali. Berasal dari Batu Pahat, Johor, beliau merupakan graduan dari Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Pengajian al-Quran dan Sunnah. Beliau juga memiliki Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan sekarang mengajar di sekolah di JB.

        Mohd Nur Aqmal atau Aqmal, berasal dari Sepang Selangor, merupakan graduan dalam bidang Pelaburan dan Pentadbiran Muamalat dari Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau kini merupakan seorang Eksekutif di Felda, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

        Mohd Zarif Bin Muhammad atau lebih dikenali sebagai Zarief, anak kelahiran Batu Gajah, Perak merupakan pelajar Tahun tiga di Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Quran dan Multimedia (beliau sekarang berada di Sudan untuk mendalami dan mempelajari Bahasa Arab di International University of Africa yang terletak di Khartoum, ibu negara Sudan).

        "Salam Ukhuwwah Daripada INSTINCT"

      Testimonials and Comments for Instinct

      • nurhasanah
      • Posted
      • salam lebaran..teruskan perjuangan...
      • norshafira
      • Posted
      • salam ramadhan al-mubarak....
        semoga kita sentiasa menggandakan amal ibadat di bulan ini.....
        hiasilah ramadhan kali ini seperti mekarnya kuntuman bunga di taman...
      • norshafira
      • Posted
      • salam perkenalan....
      • qurratun ain
      • Posted
      • mabruk ila majmu'ah instinct..rinduuu kalian
      • nurhasanah
      • Posted
      • Salam...lagu isteri dan resah tu bestlah.. abg mahathir org utem ye.. sya student utem.. tak pernah nmpak pun....huhu... sedihnya utem kna tutup.. assigment bnyak tak siap lg.huhu
      • shah
      • Posted
      • salam ukhuwah kepada instict saya membuka peluang kepada kumpulan instict tok join ALBUM KOMPILASI NASYID MOTIVASI INDIE side 1...yg mengabungkan artis2 nasyid indie 1 malaysia..jika instict berminat sila layari ke shahmisk.blogspot.com...atau sila tempah penyertaan anda ke no 0173951565(bro shah)
      • NDZ
      • Posted
      • Derita perjuangan bukan satu kelebihan, tetapi satu latihan...
        Gundah perjuangan bukan satu ancaman, tetapi satu didikan...
        Mehnah perjuangan bukan satu kegusaran, tetapi satu kekuatan...
        Walau perit mana pun perjuangan...
        Sesukar manapun perjalanan..
        Tabahkan hati..Kuatkan diri Kukuhkan tekad..
        Mara dalam perjuangan Islam..
        Buat mu Mujahid Soleh..
        Dengan ketampananmu..kau lebih indah dari matahari
        Dengan AKHLAK mu...kau lebih wangi dari haruman
        Dengan rendah hati mu...kau lebih tinggi dari rembulan
        Dengan kegagahan mu..kau lebih kuat dari dentuman guruh
        Maka pertahankanlah keteguhan dan keindahan ini...
        Agar kau terus-menerus menjadi PEJUANG ISLAM...
        Penegak kalimah ALLAH di muka Bumi...

        saLam Ma'an NajaH..!!
      • abdullah
      • Posted
      • salam alaikum...kump mane nie???x penah dengar pon??alaa kulli haal...ismii abdullah azzam bin jailani...ana nasyid gak..

      Instinct's Media Box

      How you're connected:

      You Instinct is in your extended network Instinct

      Instinct's Friends


      Featured Sponsor

      See results for Instinct

      Instinct's Groups

      • USIM
      • 1309 Members | Public group
      • Last post:
      • INSTINCT
      • 48 Members | Public group
      • Last post: