|
352009_rizduluskrg(a).JPG
|
"Mohammed Idris bin Mohd Zaizizi, lebih di kenali sebagai Riz @ Eddie, dilahirkan pada 19hb Disember 1986 di Kampung Padang..."
More about riz fc
|
-
Schools (Other):
a LoT oF ScHooL i'Ve BeEn sTuDiEs...JuZ LooK @ aBoUt Me!!!!!
-
Occupation:
SiNgEr
-
Hobbies and Interests:
KaRaOkE..bOwLiNg...ViDeO GaMe....
-
Favorite Books:
MaGaZiNeS mEnS hEaLtH...
-
Favorite Movies:
sUpErHeRo....
-
Favorite Music:
FaV ArTiSt....FoR sUrE....AnUaR zAiN....mArC aNtHoNy...rObBiE WiLLiAmS....
-
Favorite TV Shows:
AkADeMi fAnTaSiA..FeAr FaCtOr....
-
Zodiac Sign:
Sagittarius
-
About Me:
Mohammed Idris bin Mohd Zaizizi, lebih di kenali sebagai Riz @ Eddie, dilahirkan pada 19hb Disember 1986 di Kampung Padang Kunyit, Grik, Perak. Bapanya, Mohd Zaizizi bin Zainuddin, seorang bekas tentera, manakala ibunya, Anisom bt Saat, seorang suri rumah sepenuh masa. Riz mempunyai 4 org adik beradik iaitu Mohammed Zakaranie, Yom Zuraima, Yom Zuraimi dan Riz sendiri.
Oleh kerana bapanya seorang tentera, pada tahun 1987, ketika Riz berusia 1 tahun, mereka sekeluarga berpindah dan menetap di Penang. Sehingga tahun 1988, ketika Riz berusia 2 tahun, mereka berpindah ke Ipoh pula. Pada tahun 1990, sekali lagi keluarga ini berpindah iaitu ke Labuan semasa Riz berusia 4 tahun lebih..
Riz memulakan alam tadikanya pada tahun 1992 di Tadika Membedai Labuan. Kemudian beliau memulakan alam persekolahannya pada tahun 1993 hingga 1998, di SRK Pekan Satu, WP Labuan. Pada tahun 1998, Riz kembali semula ke Ipoh dan bersekolah di SRK Sg Rapat.
Pada tahun 1999, Riz meneruskan alam menengahnya di SMK Seri Ampangan, Ipoh. Selepas 6 bulan, beliau berpindah ke Sekolah Izzudin Shah, Ipoh, sebuah sekolah agama berasrama penuh sehingga tahun 2001. Ketika di sekolah ini, Riz berjinak – jinak dalam sukan memanah dan pernah menjadi wakil sekolah serta wakil daerah. Pada tahun 2002, Riz meneruskan pengajiannya di tingkatan 4 di SM Anderson, Ipoh. Selang beberapa bulan, Riz menyuarakan hasratnya untuk bersekolah di kampungnya sendiri. Sekali lagi, Riz berpindah dah meneruskan persekolahannya di SMK Grik pada pertengahan tahun 2002. Beliau menamatkan alam persekolahannya pada tahun 2003. Ketika Riz berusia 17 tahun, beliau memasuki pertandingan karaoke di ekspo – ekspo dan Hari Jadi Tentera Darat. Beliau telah di nobatkan sebagai juara dua kali berturut-turut dengan membawakan lagu Azura yang pernah dipopularkan oleh Jamal Abdillah.
Minat yang mendalam terhadap nyanyian, Riz mencuba nasibnya dalam ujibakat Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004, dengan membawa lagu Kasih Berubah. Tetapi, nasib tidak menyebelahi beliau. Kemudian Riz pergi ke Perth selama 3 bulan. Pada tahun 2005, Riz berhasrat untuk menyambung pelajarannya. Beliau mengikuti kursus ‘Diploma in Broadcasting’ di Malaysian Institute of Integrative Media. Oleh kerana yuran pengajian yang mahal, Riz memohon pekerjaan di Malaysia Airline pada tahun 2005. Beliau bekerja di bahagian penjualan tiket selama hampir 1 tahun dan telah mendapat status sebagai pekerja tetap.
Seperti tidak kenal putus asa, Riz mencuba lagi nasibnya dalam ujibakat Akademi Fantasia musim ke 5, tetapi hanya berjaya sehingga peringkat ke 3 sahaja. Kemudian Riz memasuki ujibakat Gangstarz bersama Kumpulan Equal Stars, pada tahun 2007, yang mana mereka saling mengenali semasa masing – masing memasuki ujibakat Akademi Fantasia. Walaupun hanya beberapa minggu dalam pertandingan reality tersebut, Riz telah banyak belajar selok belok kehidupan sebagai seorang artis..
Sekali lagi, Riz memasuki ujibakat Akademi Fantasia musim ke 6 ini, dan rezeki beliau pada tahun ini dengan manyandang gelaran Naib Juara musim ini pada 25hb Mei 2008 di hadapan beribu – ribu penonton di Stadium Putra Bukit Jalil.
-
Who I Want to Meet:
"TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YG MENYOKONG SAYA SELAMA INI...SEGALA DOA DAN HARAPAN DARI PEMINAT2 SAYA AMAT SAYA HARGAI.."
WANNA BE A FRIEND??JUZ ADD ME..
riz_af6_fc@yahoo.com
OR REGISTER AS RIZ ANGELS...
http://rizfc.forumotion.com
ENJOY IT!!!!!
AKTIVITI RIZ BULAN JULAI 2009
07/07 RECORDING HOTFM 30 @ 1030AM
12/07 ON AIR @ HOTFM 30 @ 9AM
16/07 PERFORM EWAH2 @ TV3
17/07 JEMPUTAN @ SHOUT AWARD BY 8TV
20/07 SHOOTING UTK VIDEOKLIP MUZIK AKTIF
21/07 PHOTOSHOOT WITH MEDIA HIBURAN
  Quickpost this image to Myspace, Digg, Facebook, and others!
|
 |
How you're connected:
| You |
 |
riz fc is in your extended network |
 |
riz fc |
Featured Sponsor
See results for riz fc af6
|
link utk berita tu:
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Saturday /Mutakhir/20090502132051/Article/
Slamat Myambut Maulidur Rasul buat Riz. Semoga berjaya dlm apa jua yg diceburi.
Wassalam.
Dari Peminat Setia AF...